Baru-baru ini saya dijemput untuk menyertai seminar hartanah anjuran Syarikat XXX. Ini bukanlah kali pertama saya menerima jemputan sebegini. InsyaAllah saya tak tipu benda ini dan yang menjemput itu juga memanglah bukanlah calang2 orangnya. Sebut nama mmg semua orang akan kenal.
Bagaimanapun, saya tolak dengan baik undangan itu disebabkan faktor-faktor persekitaran pada masa ini. Sebab utamanya adalah saya takut ia mengundang conflict interest dengan pekerjaan hakiki saya sekarang. Saya sayang sangat kerja sekarang, pengalaman bekerja yang saya tak akan dapat daripada syarikat lain walaupun saya pernah bekerja di dua syarikat gergasi di Malaysia. Tak mungkin saya akan resign kecuali company itu memang dah tak memerlukan khidmat saya suatu hari nanti.
Faktor-faktor lain mungkin juga disebabkan orang-orang di persekitaran saya yang tidak seiring dengan apa yang kita biasa dengar melalui seminar pelaburan hartanah itu sendiri. Mereka bekerja dan mempunyai lifestyle yang sesuai dengan income mereka. Sebab itulah saya hanya senyum kambing sedikit bila kita biasa dimomokkan dengan cerita jangan beli kereta mahal-mahal, Kiranya macam sumpahan dan seeloknya belilah rumah... juga dengan cerita delay gratification tanpa contoh yang betul-betul real dan juga disokong dengan credibility orang yang mengeluarkan fakta itu sendiri.
Saya memandang positif pendapat semua orang, tiada yang salah dengan semua idea-idea mereka.
Pendapat saya - paling utama adalah fahami kedudukan kewangan anda sendiri. Setiap bulan ia menunjukkan untung rugi dan perbelanjaan pendapatan kita. Jangan terlalu taksub membeli hartanah sehingga meletakkan diri anda lebih rendah daripada level yang sepatutnya.
Contohnya - kalau berpendapatan isi rumah net 10k, average populasi biasanya ada rumah teres dan kereta berharga 150k. Pelabur hartanah yang pada masa yang sama bekerja, sepatutnya lebih berjaya mungkin dengan kereta BMW ataupun memiliki rumah teres lot tepi/ kondo mewah ataupun semiD/Bungalow.